Tahun 2001, zaman kegemilangan filem Kabhi Kushi Kabhi Gam. Antara adegan yang saya ingat ialah ketika Rahul (lakonan Shahrukh Khan) mahu menghantar ubat kepada Daijan. Adiknya Rohan (lakonan Hritikh Roshan), disakat dan dihalang oleh Pooja (Kareena Kapoor).
Kata Pooja yang samseng,
"Jika mahu masuk ke Chandni Chowk, perlu ikut apa yang saya cakap!
Chandu ke chacha ne chandu ki chachi ko chandni chowk mein chandi ke chamach se chatni chatayi."Maksudnya; Chandu's uncle fed Chandu's aunt chutney with silver spoon in Chandni Chawk in moonlit night
Gigih, kan?
Chandni Chowk disebut lagi.
Peniaga buah |
Moonlight Square
Berinspirasikan bulan dan sinarannya, begitulah tempat ini mendapat nama. Chandni Chowk ini dibina oleh anak Shah Jahan, Jahanara Begum. Asas tujuan pembinaan tempat ini adalah sebagai tempat berdagang dan berniaga. Catatan mengatakan Chandni Chowk hari ini terlalu berbeza dengan rekabentuk asal.Begitulah.
Kemodenan sedikit sebanyak merosakkan tinggalan sejarah.
Tanah airku, jangan jadi begitu!
Mengintai
Kami tidak berpeluang untuk berlegar di Chandni Chowk, walaupun jarak Masjid Jamaa dan Red Fort (lokasi lawatan kami seterusnya) hanyalah beberapa meter. Di situ meriah untuk membeli-belah, dan kami sudah "tutup buku" untuk acara menabur duit ini.Melalui lorong-lorong menghampiri Masjid Jamaa, sebenarnya kemeriahan Chandni Chowk boleh dirasakan. Apatah lagi, Masjid Jamaa juga menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung tempatan. Sudah tentu peluang berniaga untuk menjana pendapatan tidak dilepaskan.
Peniaga |
|
|
Delima.
Sangat merah dan besar dan manis dan sangat menggoda.
Kami jadi kegeraman melihat buah delima yang tersusun tinggi sepanjang lorong. Limau juga banyak, tapi kami lebih teruja dengan delima. Sempat kami singgah dan membeli.
Longgokan Delima |
Kami tinggalkan Chandni Chowk.
Biarkan Pooja terus menunjuk samsengnya kepada Rohan.
<< Sebelum Jamaa Masjid, Old Delhi | Seterusnya >> Istana Mughal Red Fort |
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA (Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India) |
1 Comments
arranging your schedule. We also have a simple taxi booking app that can help you plan your schedule.
ReplyDelete