Travelog Berburu Buku Jakarta - Twins Hotel, Mangga Dua

Malam kedua, kami menginap di Twins Hotel, Mangga Dua.

Kenapa jauh ke utara Jakarta?

Sebab utamanya, mahu mengelakkan kesesakan jalanraya. Jakarta Pusat, bukan boleh dijangka tahap kesesakkannya. Jadi, untuk menjauhi risiko terlambat ke bandara untuk pulang ke Malaysia, kami memilih hotel yang bersesuaian masa dan ongkos.

:)

Twins Hotel Manggadua
Twins Hotel
Penginapan malam kedua
Penginapan malam kedua

Alamat Twins Hotel;
Mangga Dua Raya 24, Mangga Dua, Jakarta, Indonesia 11110 

Kami membuat tempahan di Agoda, sama seperti Clay Hotel.

Selain faktor lebih mudah untuk ke bandara, kami memilih hotel ini kerana lokasinya yang strategik untuk aktiviti wisata. Di bahagian barat, ada Kota Tua. Di bahagian timur, ada tempat membeli-belah terkenal Mangga Dua. Jadi, sementara menunggu waktu bertolak ke lapangan terbang, sempat lah kami berjalan-jalan melawat bandar tinggalan penjajah Belanda itu.



Keselesaan

Untuk kembara "bujang-bujangan", hotel ini sudah agak mewah. Saya lebih selesa di sini berbanding Clay Hotel. Biliknya lebih luas (sedikit) dan twinbed nya bersaiz lebar. Oh! Bilik kami ada tingkap! Jadi tidaklah rasa terperuk. Tandasnya sangat ok. Luas dan bersih, walaupun rekabentuk tandas (dan bilik secara keseluruhannya) sudah lama. Cuma saluran air agak tersumbat, jadi perlu tunggu seketika untuk air surut sebelum orang kemudian menggunakan tandas.

Katil
Model Katil (pandangan dari pintu masuk)
Tandas
Tandas


Internet

Ngetop!



Sarapan

Sarapannya agak biasa-biasa. Hidangan nasi dan lauk khas Indonesia, bersama krupuk. Air kopi dan air teh yang Indonesia banget. Roti bakar dan sapuan jem serta mentega. Itu sahaja. Setakat untuk mengalas perut, boleh lah.

Level 1
Level 1
Secangkir Teh Pengubat Letih
Secangkir Teh Pengubat Letih

Keseluruhannya, saya ok saja dengan hotel ini. Tidak mewah, tidak juga lekeh. Berbaloi dengan harganya.

Dah.

Dah mandi, dah segar.

Jom kita ke Stasiun Jakarta Kota.


<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta - Blok M Square
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Stasiun Jakarta Kota













Reactions

Post a Comment

0 Comments