Selesai di
Desa Cattle Farm Dairy, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya. Sepatutnya kami ke Kundasang War Memorial, tetapi keadaan agak sesak di perkarangan parkir (ada pasar pagi), lalu saya dengan kuasa veto menukar rancangan.
Kami mahu terus ke Ranau, ke Spa Ikan Kampung Luanti.
Dengan keadaan cuaca tidak menentu, saya fikir eloklah kami ke tempat jauh dahulu untuk mengelakkan pulang ke Kundasang ketika hari sudah lewat petang. Cuaca cepat berubah, dalam beberapa minit cuaca cerah bertukar mendung. Lagi-lagi, kami tidak mahu pulang waktu malam. Seram sejuk memandu di sini.
Pasar Sayur & Buah
Sebenarnya perkataan "pasar" tidak begitu sesuai digunakan. Ianya hanyalah deretan gerai di sepanjang jalan menghala ke Ranau. Dan barang jualannya sama ada sayur, buah-buahan, kudapan ataupun anak-anak pokok bunga yang berwarna-warni.
| Pakej Buah-buahan |
| Abah & Mak |
| | Keropok Ubi kayu Bersos Madu |
| Kudapan |
|
|
Buah Cinta |
|
Buah Tampoi |
|
Buah Lemak Manis |
Kami hanya membeli buah-buahan untuk mengisi perut sepanjang perjalanan. Sebungkus sekitar RM2. Ada pelbagai jenis buah, tempatan mahupun luar negeri. Walaupun sayur-sayuran yang dijual nampak menarik, tidak berbaloi dibeli melainkan mahu masak di homestay.
Ok. Jom ke Ranau.
0 Comments