15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul

Menghabiskan masa selama 5 hari 4 malam menggunakan perkhidmatan awam dan berjalan kaki sekitar Sultanahmet, memberikan kesempatan kepada saya untuk melihat dan menikmati gaya hidup orang Istanbul. Saya simpulkan di bawah 15 perkara yang saya lihat dari jalanan Istanbul, Turki.

Sebelum tu, layan gambar dulu.

15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 1 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 2 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 3 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 4 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 5 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 6

  1. Rangkaian makanan segera popular di dunia hampir tidak kelihatan di sini. Saya hanya nampak Burger King di Taksim Square, dan KFC (atau Mc Donald) dalam perjalanan menuju Spice Bazaar. 
  2. Orang Eropah ramai yang datang ke Turki untuk bercuti, menjadikan harga jualan barang lebih mesra Eropah. Walaupun nilai Ringgit mengatasi Lira, harga barang tetap saja mahal bagi warga Malaysia. 
  3. Penjual di Turki sangat bermulut manis, sampai satu tahap kita akan dijemput (baca: paksa) untuk minum teh bersama mereka. Sebagai orang Melayu yang mudah rasa bersalah dan terhutang budi dengan kebaikan, tergadailah beberapa ratus Lira untuk membalas jasa. Kah kah kah! 
  4. Saya tak tahu membezakan siapa yang benar-benar orang Turki, melainkan selepas berkenalan. Rupa mereka dengan orang Eropah yang lain tak banyak berbeza. Atau pun, mereka banyak iras dengan orang Arab. 
  5. Pekerja kedai kebanyakkannya orang luar. Ada dari negara Afrika ataupun negara-negara jiran yang berhampiran. 
  6. Orang Turki tak mesra English, walaupun mereka bekerja dalam bidang yang berhadapan dengan masyarakat dunia. Misalnya pemandu teksi, kami terpaksa menggunakan Google Translate untuk bertanyakan soalan. Namun di bazaar, rata-rata boleh berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa antarabangsa itu. 
  7. Orang Turki adalah orang yang semangat nasional mereka kuat dan utuh. Jadi, tak hairanlah mereka tidak melihat "English itu penting", atau makanan rangkaian popular itu satu perkara yang perlu ada. Sebaliknya, kebab sentiasa ada di mana-mana. 
  8. Masih ramai penyanjung Mustafa Kamal Attaturk.
  9. Perlu berhati-hati dengan hal halal haram, kerana ada juga campur aduk antara keduanya walaupun di kedai Muslim (boleh baca dalam buku Whats Up Turk).
  10. Kedatangan pelancong / pengembara dari Malaysia mula meningkat semenjak 2017. Tidak hairanlah, "suasana membeli-belah" di sana sama saja seperti di Mekah dan Vietnam. "Mari abang, tengok-tengok. Kita jual murah-murah". Kemain!
  11. Sekitar Sultanahmet, pengangkutan utama ialah tram atau berjalan kaki. Kereta, teksi dan lain-lain banyak di luar kawasan tumpuan pelancong. 
  12. Makanan mesra tekak Melayu ada di Restoran Nur Muhammad, tak jauh dari Basilica Cistern. Harga? Ikut tekak Eropah. Eheh! Saya rasa harga itu berpatutan, sebab tak banyak beza dengan makanan lain. Saya sanggup berbelanja lebih untuk makan yang mengenyangkan begitu.
  13. Kelihatan lelaki di sana sentiasa mempunya tasbih di tangan. Sejuk mata memandang, kan? Tapi perlu tahu, tasbih di tangan kadang-kadang hanyalah sebagai fesyen dan gaya.
  14. Anjing di jalanan sangat besar, namun tak mengganggu.
  15. Berjalan di sekitar Istanbul, akan kelihatan orang lelaki berkepala botak dan kulit kepala mereka berbintik-bintik kemerahan. Rupanya industri tanam rambut sangat popular di sini, siap dimasukkan ke dalam pakej pelancongan. Tahu tak apa hukum menanam rambut? Boleh baca di sini.

Berbanding dengan bandar Eropah lain yang pernah saya kunjungi, Sultanahmet sangat sibuk dan aktif dengan aktiviti perniagaan. Baik makanan, mahupun jualan cenderamata. Bagaikan keseluruhan bandar ini dikhususkan untuk aktiviti pelancongan. Boleh jadi juga, kerana di sini entah berapa banyak tarikan sejarah yang terbina di sekitar kota. Dari bangunan besar Hagia Sophia, sehinggalah lorong-lorong jualan di Grand Bazaar.

Apa yang saya catatkan di sini, semestinya tidak ada pengesahan yang utuh. Melihat dalam tempoh lima hari, itu saja yang boleh saya simpulkan. Mungkin benar semuanya, mungkin tidak. Atau, ada antaranya benar pada waktu itu, kemudian hari tidak.

Wallahualam.

15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 7 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 8 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 9 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 10 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 11 15 Perkara Yang Saya Lihat Dari Jalanan Istanbul 12

Nota; Itinerari penuh percutian 16 Hari 15 Malam ke Turki-Saudi Arabia di sini.






Reactions

Post a Comment

0 Comments