Rindu benar dengan petai.net.
Lama sudah tak menulis di sini. Semenjak bulan Disember 2019 sehingga awal Februari 2020, jadual sentiasa padat dengan aktiviti hujung minggu. Hari-hari biasa, otak penat memikirkan rutin harian. Ada perubahan dalam jadual keluarga, ambil masa untuk kembali ke landasan.
Penat juga.
Sudah lama ditinggalkan segala macam hobi.
Mengembara, membaca, menulis (blog), fotografi.
Satu persatu aku abaikan.
Hingga jiwa menjadi longlai dan tak bermaya. Diri rasa pilu. Banyak yang menyerbu ke dalam otak, menjadikan hati turut penat.
Sekarang, dihantar pula ke pejabat vendor untuk memantau tugas. Jauh nun di Bangsar South City. Cuma 20 km kata kau? Huh! Cubalah memandu 20 km waktu pagi dan petang menembusi metropolitan Malaysia ini. Mahu tercabut kaki berganti antara pedal brek dan minyak. Kalau bawa kereta manual, lagi jenuh!
Mujur juga, pemandangannya memukau mata.
Musim panas di Kuala Lumpur, membuatkan langit cerah sentiasa. Jam 8 pagi, langit sangat membiru. Menjelang tengah hari, kepul-kepul awan pun datang tergantung di sana-sini.
Cantik!





1 Comments
Assalamualaikum Tuan Sharul, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.