Itinerari Percutian Road Trip 3H2M Dari Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Kota Bharu - Kuala Kangsar

Ini perjalanan paling gila. Lagi-lagi, bukan secara backpack. Perjalanan ini, bersama dengan anak-anak, adik-beradik dan kedua-dua abah dan mak saya!

Jadualnya padat. Kilometernya jauh. Penatnya, usah ditanya.

Tapi kami puas.

Aktiviti bersama keluarga tersayang, mana pernah membosankan.


Sungai Paka, Terengganu
Sungai Paka, Terengganu

Itinerari

Ini jadual perjalanan kami;


Hari 1 (Jumaat, 1 Mei 2015)

07.00 amBertolak dari Kuala Lumpur
08.30 amBerhenti untuk sarapan di perhentian rehat dan rawat Lanchang, Pahang
12.30 pmSinggah beli keropok di Cukai, Terengganu
01.30 pmSolat Jumaat di Masjid Kemasik dan makan tengah hari
04.00 pmBerhenti rehat di Sungai Paka
06.30 pmTiba di Homestay Casa Impian, Kuala Terengganu


Hari 2 (Sabtu, 2 Mei 2015)

09.00 amSarapan dan shopping di Pasar Payang dan berjalan ke Lorong Kenangan Payang Kampung Cina
12.00 pmMuzium Terengganu
04.00 pmMasjid Kristal, Pulau Wan Man
05.30 pmPantai Batu Burok
06.30 pmBalik Homestay Casa Impian, Kuala Terengganu


Hari 3 (Ahad, 3 Mei 2015)

07.00 amCheck out dan singgah sarapan di Warung Kak Yah (selepas Jambatan Sultan Mahmud)
10.00 amSinggah di Masjid Ulul Albab, Jertih
01.00 pmSinggah PCB dan makan tengah hari di Stadium Kota Bharu, Kelantan
06.30 pmMemandu masuk ke lebuhraya Jeli-Gerik
10.00 pmMakan malam di Sayong, Kuala Kangsar
02.00 amSelamat tiba di Kuala Lumpur



Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Kemudian singgah di Kota Bharu.

Sebelum pulang, mengisi perut di Kuala Kangsar.

Sampai semula di Kuala Lumpur, kami letih lesu!




Seterusnya >>
Dari Kuala ke Kuala









Reactions

Post a Comment

5 Comments

  1. menarik ni..blh follow itinerary ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa orang tua, tak direkomen.. ehehe! Kesian kat abah mak saya hari tu, letih ya amat..

      Delete
  2. makan malam di sayong, yang dekat dgn jambatan tu ke :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Abang ipar yang bawak makan ke situ, dia orang Kampung Intan Suraya. Kedai makan tu dekat dengan replika labu sayung besar. Orang sana ke?

      Delete
    2. Ohhh :D selalu pergi Intan Suraya masa zaman sekolah. yep2, rasanya saya tahu kedai tu. Kalau tak silap, famous dgn ikan bakar jugak :D

      Saya duduk Sungai Siput, tapi Kuala Kangsar ni selalu je pergi :)

      hanisamanina.com

      Delete