Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari!

Bunyi macam mustahil, tapi boleh buat. Melawat 5 muzium di Negeri Sembilan dalam masa satu hari rasanya bukan perkara yang sukar dilaksanakan. Tentulah, semuanya boleh terjadi kalau tidak ada halangan (kesesakan lalu lintas, misalnya).

Dan dengan izin Allah.

Jadi bagaimana mahu mulakan? Ini cadangan susunan yang saya rasa sesuai.

Muzium Negeri (Seremban) - Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti (Kuala Pilah) - Teratak Za'ba (Batu Kikir) - Muzium Rembau Istana Raja Melewar (Rembau) dan akhir sekali, Muzium Tentera Darat (Port Dickson)

#1 MUZIUM NEGERI

Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari

Anggap saja kita sudah terpacak di depan pintu muzium ini pada jam 9 pagi. Ini kerana itulah waktu permulaan operasinya. Kedudukan muzium ini yang terletak betul-betul di tepi lebuhraya PLUS, dan hanya beberapa ratus meter saja dari pondok tol, menjadikan agak mudah  untuk ke sini.

Cadangan masa; 45 minit

Destinasi seterusnya; Istana Lama Seri Menanti
Jarak; 38 kilometer
Jangka masa pemanduan; 46 minit


#2 MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI

Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari

10.30 pagi, sudah tiba di laman istana yang tersergam indah ini. Perjalanan melalui suasana kampung memang bikin hati girang. Persekitaran muzium ini juga sangat mendamaikan, sejuk dengan kehijauan pokok dan diapit bukit-bukit yang berdiri kukuh.

Cadangan masa; 30 minit

Destinasi seterusnya; Teratak Za'ba, Bahau
Jarak; 31 kilometer
Jangka masa pemanduan; 40 minit


#3 TERATAK ZA'BA

Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari
Sumber gambar; https://klezcar.com/

11.40 pagi, tiba pula di Bahau untuk melihat catatan sejarah untuk seorang pejuang bahasa terkenal, Za'ba atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 October 1973). Ini satu-satunya muzium yang masih belum sempat saya kunjungi akibat kekangan masa. Melihat rupa gaya rumahnya dan apa yang dipamerkan, memang saya tetapkan akan sampai juga ke sini satu hari nanti.

Maklumat lanjut; Teratak Za'ba, Bahau
Cadangan masa; 45 minit

Destinasi seterusnya; Muzium Rembau (Istana Raja Melewar) 
Jarak; 67 kilometer
Jangka masa pemanduan; 1 jam 10 minit


#4 MUZIUM REMBAU (ISTANA RAJA MELEWAR)

Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari


Lokasi muzium ini memang agak jauh terasing dari laluan utama jalanraya, maka tak hairanlah pengunjung yang datang pun tidak begitu ramai melainkan anak tempatan. Namun banyak juga maklumat terutamanya tentang Raja Melewar yang merajai Negeri Sembilan pada satu ketika dahulu.

Cadangan masa; 30 minit

Destinasi seterusnya; Muzium Tentera Darat
Jarak; 44 kilometer
Jangka masa pemanduan; 40 minit


#5 MUZIUM TENTERA DARAT

Melawat 5 Muzium Di Negeri Sembilan Dalam Masa Satu Hari


Kalau ikutkan, boleh saja melawat muzium ini pada hari berikutnya. Tapi kalau hanya ada satu hari saja cuti, boleh lah teruskan ke muzium ini. Masa yang diperuntukan agak lama kerana muzium ini terbahagi kepada banyak bahagian. Jadi perlu banyak berjalan dan naik turun tangga, melalui terowong bawah tanah dan titi gantung! Pergh! Memang lain macam!

Cadangan masa; 30 minit


Yeay!

Selesai trip melawat 5 muzium di Negeri Sembilan dalam masa satu hari!


Percutian 2H1M Di Port Dickson

Sebenarnya, itinerari ini sesuai kalau kita bercuti di Port Dickson selama satu malam. Cadangan saya untuk hari pertama, boleh lah pergi ke 4 muzium yang pertama sebelum checkin ke hotel. Hari kedua barulah sambung ke Muzium Tentera Darat, sebelum pulang ke sarang.

Iyalah.

Masa yang saya letakkan di atas semuanya cantik di atas kertas sahaja. Hakikat perjalan tak selancar itu. Yang berkeluarga, sekejap anak muntah lah, nak berak lah, mabuk lah. Mana nak singgah makan dan solat lagi.

Namun, misi ini tak mustahil. 

Amacam?

Berani?








Reactions

Post a Comment

0 Comments